Sunday, December 13, 2015

TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

First , terima kasih Ya Allah . Terima kasih atas segala kenikmatan, ujian ,dan kehidupan ku di dunia ini .. tak terkira apa yang Engkau kurniakan ..tak ternilai segala pemberian ..tak terucap dek kata-kata atas semuanya .. semuanya ada kelebihan dan keburukan , semuanya ada hikmah disebalik kejadian , semua nya dah tertulis , semuanya sudah ditentukan  ..sesungguhnya Engkau Maha Pencipta segala kejadian ..  dimana kami hanya merancang , Engkau yang menentukan .. aku redha ..

Second, terima kasih Ayah Bonda . terima kasih kerana menjaga diri ini dengan belaian2 dan bimbingan2 kasih dan sayang mu .. berhempas pulas mencari rezeki demi membesarkan kami adik-beradik .. tak terbalas jasa mu .. betapa besarnya hati mu , betapa murni kasih dan sayang mu .. mengimpikan kejayaan anak2 sudah pasti , andai nya kami tidak berjaya ,adanya bimbingan dengan nada lembut bagi menenangkan kami, memberi semangat baru untuk kami terus berjuang .. terima kasih adik-beradik ,terima kasih kerana melalui semuanya bersama .. terima kasih keluarga .terima kasih ayah bonda .

Third, terima kasih kepada mereka yang bergelar pendidik/guru .. terima kasih kerana mengajar apa itu sekolah .. apa itu ilmu ..apa itu peraturan .. apa itu kejayaan .. macam2 yg aku belajar bermula dari sekolah .. aku rindu zaman sekolah , dimana guru membetulkan apa yang salah ,, kini aku diatas kaki sendiri , salah benar fikir sendiri ,, menerima teguran sangat dinanti ..

Then, terima kasih sahabat dan kawan ..  terima kasih kerana percaya , terima kasih kerana setia , terima kasih kerana memahami .. tanpa mereka aku tidak kenal apa itu erti persahabatan .. andai aku terguris perasaan , andai aku tersalah langkah dalam berkawan , andai aku terlajak bicara , maafkan lah .. aku insan biasa .silap itu biasa ..aku tidak sempurna ..


Terima kasih mereka yang pernah muncul dalam laluan kehidupan aku , terima kasih semua .. terima kasih kerana mengembirakan aku , terima kasih kerana berkongsi cerita .terima kasih kerana menjadi pendengar setia .. maaf kan salah dan silap . terima kasih dan maaf dipinta .. .moral hargai mereka yang masih ada .. 

-IKHLAS-


No comments:

Post a Comment